kau pernah teraniaya?
kau pernah dipersalahkan atas benda yg bukan kau lakukan?
kau pernah dimaki hamun tanpa bukti yang kukuh?
kau pernah dihina di depan org ramai?
& kau pernah kena belasah depan org menganiaya itu?
PERNAH?????
jadi apa yang kau rasa??
ada kau rasa nk sepak terajang 'binatang' tu?
ada kau rasa nak pijak-pijak muka kotor tu?
ada kau rasa nak siat hati hina orang itu?
ADA????
tp sayang kau lemah.kau tak mampu pon nak bela diri kau sendiri.kau tak mampu pon nak tengok 'binatang' tu dapat azab yg lg buruk.dan kau tak mampu pon nak hentam 'binatang' tu pakai tangan sendiri.
jadi sejak itu,kau mula membiarkan titik-titik hitam tumbuh subur di hati kau yang putih bersih itu.kau mula jadi pemarah.kau mula jadi kejam.hanya kerana kau mula berdendam.dan hanya menunggu masa yang sesuai utk tebus balik apa yg kau hilang.
kau pernah menyerang sekali.tapi kau tetap tidak berjaya.kau semakin berdendam.berdendam.dan berdendam.berdendam sehingga keturunan pertama.kedua.ketiga.dan seterusnya.kerana dendam itu hanya kau saja boleh menahannnya.tapi hanya engkau yg enggan balik ke pangkal jalan.kau lupa karma itu ada.kau lupa tuhan itu ada.kau lupa juga tentang hidup kau yg dulunya.bahagia.riang gembira.
tidakkah kau ingat pesan ustaz di sekolah dulu?
bukankah beliau pernah berkata'bila kau masih belum berjaya menentang kezaliman,berjuanglah sehingga akhirnya.tp pabila kezaliman masih berleluasa.kau jgn lemah.dan ingt lah kezaliman itu hnya hidup didunia.jgn sekalipun merasa kalah.kerana merekalah yg sebenar-benarnya kalah di akhirat sana.dan haruslah diingat dunia itu sementara,dan akhirat itu kekal selamanya.'
jadi kau bukannya kalah.kau cuma belum menang.jgn juga kau bodoh,mencemar hati menjadi zalim seperti mereka itu dan mereka ini.kerana itu hanyalah sia-sia belaka.dan kau perlu ingat.kau sekarang dah dewasa.cukup bijak mahu membeza baik dan buruk.dan kini aku berharap kau memang seorang yg bijak!

No comments:
Post a Comment